Sukan

FIFA iktiraf sebagai inisiatif yang bagus

Walaupun dihentam di segenap penjuru rentetan prestasi skuad kebangsaan terutama di Piala AFF, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa perancangan mereka tidak cacamerba dan masih lagi berlandaskan Peta Hala Tuju F:30.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya tidak boleh menafikan pelaksanaan F:30 sedikit perlahan ekoran situasi pand3mik C0vid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sudah pasti ia sedikit perlahan kerana PKP namun sekarang kita cuba untuk kembalikannya pada 2022. F:30 bukanlah Quran yang tidak boleh diubah dan ianya akan ditambahbaik dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui media di perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras semalam.

Ujar beliau, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) mengiktiraf F:30 sebagai inisiatif yang bagus namun dalam masa sama badan induk antarabangsa itu juga mencadangkan supaya ianya ditambah baik.

Jadi saya nafikan jika F:30 cacamerba. Kita kena tengoklah… kita kena adunkan dengan kalendar dan situasi di Malaysia. Ada cadangan yang bagus, kita akan ambik.

“Kita sentiasa bersedia, tidak semestinya selalu memegang butang panik. Bola itu bulat kita akan cuba seberapa daya untuk kejayaan pasukan Malaysia,” katanya.

Semalam, Ultras Malaya jelas tidak gembira dengan pencapaian pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa selepas rentetan beberapa kegagalan yang dicatatkan oleh skuad bimbingan Tan Cheng Hoe di peringkat Asia mahu pun Asia Tenggara.

Ultras Malaya melalui akaun media sosial menyenaraikan beberapa kegagalan yang dicatatkan Harimau Malaya dan meminta FAM melihat kembali apa terjadi dan menyoal apa pula perancangan untuk tahun ini.

Kegagalan Harimau Malaya di Piala AFF di Singapura baru-baru ini juga menyaksikan F:30 yang dilancarkan pada 2018 mula dipertikaikan keberkesanannya.

Di awal pelancarannya, sasaran utama F:30 adalah menjadikan pasukan negara sebagai salah satu daripada lima pasukan terbaik di Asia menjelang 2030 dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjadikan pelan ini sebagai salah satu simbol keseriusan badan induk itu.

F:30 dipecahkan kepada tiga pelan strategik di mana fasa pertama akan menjurus kepada membina asas kukuh tadbir urus baik, persaingan, serta pembangunan modal insan serta infrastruktur.
sumber:- HM

Fasa dua (2023-2026) disasarkan untuk mendapatkan pasukan bertaraf Asia manakala fasa ketiga (2027-2030) adalah melahirkan pasukan kebangsaan yang bertaraf dunia.