Sukan

Indonesia kecewa dengan peraturan pelik

Ketua jurualtih Indonesia, Shin Tae-Yong meluahkan rasa kecewa selepas empat daripada pemainya tidak dibenarkan beraksi pada final kedua Piala AFF men3ntang Thailand malam tadi kerana mel@nggar protokol pertandingan C0vid-19.

Rizky Ridho Ramadhani, Elkan Baggott, Victor Igbonefo dan Rizky Dwi Febrianto dilaporkan meninggalkan hotel sehingga dua jam sekali gus mel@nggar peraturan ketat yang ditetapkan untuk pemain dan pegawai pasukan sepanjang kejohanan selama sebulan di Singapura.

Susulan siasatan oleh jawatankuasa tatatertib Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), mereka memutuskan pemain terbabit gagal mematuhi peraturan ditetapkan dan dihalang daripada beraksi pada final kedua.

Kami menganjurkan pertandingan seperti Piala Suzuki 2020 di bawah peraturan yang ketat untuk melindungi peserta kejohanan dan orang ramai.

Kami menekankan perkara ini kepada semua pasukan yang bertanding di Piala Suzuki 2020 dan bekerja keras untuk menyediakan persekitaran yang selamat bagi kesemua mereka.

“Empat pemain itu melanggar peraturan dan memb@hayakan keselamatan orang lain. Oleh itu kami perlu mengambil tindakan terhadap mereka,” kata ketua Institut Sukan Singapura Su Chun Wei.

Bercakap selepas skuadnya seri 2-2 dengan Thailand pada final kedua namun tewas 6-2 secara agregat, Shin mengeluh ketiadaan empat pemain itu nyata menjejaskan persiapan pasukannya untuk perlawanan final.

Saya perlu menjelaskan beberapa isu yang menarik perhatian saya. Kami dimaklumkan pada sebelah pagi yang pemain berkenaan tidak dibenarkan untuk beraksi pada perlawanan sebelah malam.

“Saya menyedari masalah itu apabila empat pemain keluar untuk membeli barangan keperluan seperti syampu dan sabun dan kami dimaklumkan mengenai hukuman itu yang mana saya faham sepenuhnya.

“Bagaimanapun, memandangkan kami terkurung di dalam bilik hotel selama sebulan, saya juga faham ada barang keperluan yang kehabisan.

sumber:- BH

“Jika isu ini dapat ditangani dengan betul, ia pasti dapat memberikan peluang kepada pemain kami beraksi di kejohanan ini,” katanya.