Selangor FC (SFC) menjadi antara pasukan yang ‘rancak’ melakukan persiapan untuk mengharungi musim depan selepas berjaya mengikat enam pemain baharu setakat ini.
Daripada enam pemain terbabit, tiga adalah pemain import, sementara tiga lagi pemain tempatan membabitkan pelbagai posisi bermula penjaga gol, pertahanan, jentera tengah dan s3rangan.
Sentuhan daripada ‘Pak Arab’ jelas ditagih skuad The Red Giants apabila mendapatkan khidmat dua pemain Jordan iaitu Yazan Al Arab yang beraksi di bahagian pertahanan dan Baha’ Abdelrahman yang bakal memperkukuh jentera tengah mereka.
Terbaru, jentera s3rangan mereka pula diperkuat dengan kehadiran striker kelahiran Brazil, Herlison de Sousa yang sebelum ini beraksi di Liga Thailand.
Mereka juga mengikat penjaga gol kebangsaan yang sebelum ini beraksi bersama Penang FC, Samuel Sommerville sekali gus bakal mencetuskan persaingan sengit dengan seorang lagi penjaga gawang kebangsaan, Khairul Azhan Khalid.
Selain itu, SFC berjaya merekrut pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fazly Mazlan dengan kontrak dua tahun yang pasti mengukuhkan lagi benteng pertahanan mereka yang melepaskan 30 gol dalam saingan Liga Super musim ini.
Bukan setakat pemain berpengalaman, malah SFC juga mengikat bekas ‘ubi’ mereka, Zahril Azri Zabri susulan prestasi memberangsangkan apabila berjaya membantu Sarawak United beraksi dalam Liga Super musim depan.
Kembalinya pemain berusia 22 tahun itu ke kem Merah Kuning adalah dengan hasrat yang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan bersama juara 33 kali Piala Malaysia itu.
Saya akan bekerja keras untuk memberikan persembahan yang baik dengan kelebihan yang saya miliki untuk mendapatkan kejayaan seperti menjulang piala bersama SFC.
sumber:- BH
“Jika ada rezeki lebih, saya mahu bermain di peringkat lebih tinggi bersama pasukan ini seperti di saingan Piala AFC,” kata Zahril.