Sukan

Punca utama Indonesia bersemangat bedal Malaysia

Sasaran untuk muncul juara Kumpulan B menjadi faktor Indonesia berusaha keras meraih kemenangan besar 4-1 ke atas Malaysia dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, malam tadi.

Skuad Garuda juga dipercayai sangat menginginkan status juara kumpulan bagi mengelak pert3mbungan dengan juara Kumpulan A, Thailand di separuh akhir.

Maka tidak hairanlah jika skuad kendalian Shin Tae Yong itu bermain mati-matian hingga wisel penamat walaupun mereka sebenarnya hanya memerlukan keputusan seri berdepan skuad Harimau Malaya untuk melepasi peringkat kumpulan.

Malah, sasaran mereka juga berjaya direalisasikan apabila skuad Garuda akan berdepan tuan rumah Singapura di separuh akhir dan meninggalkan naib juara Kumpulan B, Vietnam untuk menghadapi Thailand.

Tae Yong menjelaskan dia sudah menjangkakan Vietnam mampu mengalahkan Kemboja dan cuba melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.

Kami sudah jangka Vietnam boleh menang mudah ke atas Kemboja dan sebelum perlawanan (berdepan Malaysia), kami dan Vietnam memiliki jumlah mata yang sama.

“Bermakna kalau jumlah mata sama, jumlah jaringan akan dikira untuk menentukan juara kumpulan. Tapi kami bernasib baik pemain bekerja keras dan menjaringkan banyak gol,” katanya.

Jangkaan awal beberapa pihak Indonesia akan bermain secara bertahan kerana hanya perlukan keputusan seri nyata meleset apabila skuad Garuda tetap mengasak kubu skuad Harimau Malaya walaupun mereka mendahului 2-1 pada babak pertama sebelum menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua.

Mengulas lanjut, Tae Yong berkata pasukannya akan berdepan kesukaran sekiranya terlalu banyak melakukan perubahan formasi atau taktikal.

Kalau mengubah formasi, lawan pun susah membaca dan menganalisis permainan kami, tapi kami pun sebenarnya berdepan kesulitan jika sentiasa ubah formasi.

sumber:= BH

“Kami ubah sedikit demi sedikit bergantung kepada siapa pemain yang diturunkan dan siapa lawan kami. Terima kasih kepada semua pemain dan kami akan bekerja keras untuk melangkah ke final,” katanya.