Sukan

Safawi punca penyokong Indonesia naik angin

Akaun Instagram milik Safawi Rasid kini ‘dis3rang’ penyokong bola sepak Indonesia yang tidak berpuas hati apabila pemain kacukan mereka, Elkan Baggott diarahkan untuk dikuarant!n selama lima hari oleh pihak berkuasa k3sihatan Singapura, hari ini.

Ia selepas pemain Ipswich Town itu dipercayai oleh kerajaan Singapura menaiki pesawat yang sama dari London ke Kota Singa dengan salah seorang penumpang yang mendapat keputusan p0sitif C0vid-19 var!an baharu iaitu Omicr0n.

Lantas, tindakan pihak berkuasa tempatan itu menimbulkan kemarahan penyokong Indonesia yang menuduh skuad Harimau Malaya mendapat layanan ‘istimewa’, di mana Safawi Rasid yang duduk sebilik dengan Akhyar Rashid dibenarkan beraksi.

Contoh yang diberikan media Indonesia itu nyata menaikkan api kemarahan penyokong tegar skuad Garuda yang kemudiannya meny3rang Instagram pemain sayap kebangsaan itu yang dikatakan kontak rapat kepada Akhyar.

Malah media Indonesia turut menyatakan, keputusan ujian cal!tkan Elkan Baggott dikatakan n3gatif selepas tiga kali dilakukan yang menaikkan lagi ap! kem@rahan penyokong mereka.

Dengan pengas!ngan itu, ini bermakna pemain tinggi lampai itu tidak akan beraksi men3ntang Vietnam malam ini dan hanya kemungkinan diturunkan berdepan Malaysia di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.

Menerusi tinjauan Arena Metro di laman sosial, ramai penyokong Indonesia mahu Safawi turut diasingkan selepas Akhyar didapati p0sitif Cov!d-19, Khamis lalu.

Apapun, diharapkan Safawi kekal fokus dan tidak mengendahkan sebarang bentuk ‘s3rangan’ penyokong Indonesia terutamanya di laman sosial.

sumber:- HM

Skuad negara bakal berdepan misi wajib menang ke atas ‘musvh’ tradisi itu bagi meraih tiket ke separuh akhir Piala AFF kali ini.