Sukan

Dominic Jawab tabiat tangan di belakang

Pertahanan tengah negara, Dominic Tan menegaskan dia tidak perlu membuktikan apa-apa kerana keutamaan ketika ini adalah bermain demi negara.Justeru, dia bertekad untuk memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan penentuan yang akan menentukan nasib Malaysia di Piala AFF 2020 berdepan Indonesia di Stadium Nasional, Ahad ini.

Pada saya, saya tidak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya bermain untuk pasukan, keluarga, diri sendiri dan juga rakan yang berada di sini.

“Mereka (rakan sepasukan) bersama skuad kebangsaan ketika liga sedang berehat. Sudah tentu kami juga mahukan keputusan yang baik ketika men3ntang Indonesia nanti,” katanya.

Terdahulu, bekas pertahanan Police Tero itu berdepan detik kurang menyenangkan selepas aksinya ketika berdepan Vietnam dikrit!k penyokong dan bekas pemain kebangsaan atas tabiatnya yang gemar meletakkan tangan di belakang badan.

Namun, susulan kec3deraan yang dialami Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad, pertahanan berusia 24 tahun itu dijangka membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan untuk men3ntang skuad ‘Garuda’.

Dalam perkembangan sama, pemain yang pernah dipinjamkan ke Vilaverdense itu akur dengan kesilapan yang dilakukan pada aksi berdepan Vietnam namun bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang ditunjukkan.

Saya tahu kesilapan yang saya lakukan, jadi saya akan perbaikinya. Selagi saya tahu apa yang silap, jadi saya tahu apa yang boleh diperbetulkan.

sumber:- BH

“Selepas berehat dua hari untuk pvlih daripada perlawanan sebelum ini, kita sudah perbaiki kelemahan supaya dapat memberikan yang terbaik bagi berdepan Indonesia,” katanya.