Sukan

Penghijrahan Ifedayo sudah disahkan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Seri Justin Lim, mengesahkan bahawa penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Ollusegun, akan kembali memperkuatkan Sang Kancil pada musim depan dengan mengikat kontrak satu tambah satu.

Menerusi penjelasan Justin kepada Nadi Weekend, dia percaya bekas striker Selangor itu mampu membantu Melaka memberi cabaran dalam saingan kancah Liga Super 2022 memandangkan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan tersebut mempamerkan peningkatan prestasi dalam aksi Piala Malaysia.

Sementara itu, pemain import, Giovane Gomes, tiada dalam perancangan musim depan Kami akan menggunakan khidmat Ifedayo pada musim depan dan pengumuman rasminya akan dibuat bulan depan.

“Sony Norde sudah tentu akan kekal, begitu juga Manuel Ott. Adriano turut akan ditawarkan kontrak.”Kami belu mengambil keputusan mengenai kelibat Jang Suk-won,” katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

Dalam pada itu, Melaka berhasrat untuk mengekalkan Zainal sebagai ketua jurulatih musim depan sambil dibantu jurulatih dari Korea Selatan yang pernah beraksi dalam dua edisi Piala Dunia atau seorang lagi calon dari Portugal.

Justin juga berharap penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, dapat meneruskan kariernya di kelab dari selatan itu selepas khabar angin mengatakan bahawa dia akan berkelana ke Sabah.

Bagaimanapun, masih belum bermula perbincangan lanjutan kontrak bersama barisan jurulatih dan pemain lagi yang mungkin akan dilakukan minggu depan.

sumber:- astro arena

“Kami telah menyenarai pendek calon pembantu jurulatih yang akan dinamakan.”Ia akan diputuskan tidak lama lagi.”