Aksi separuh akhir Piala Malaysia musim ini boleh dianggap antara yang paling menarik dan s3ngit kerana bakal menampilkan empat pasukan ‘kebal’.
Ia selepas Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC), KL City dan Melaka United masih memegang rekod tanpa kalah sepanjang Piala Malaysia musim ini termasuk di peringkat kumpulan dan suku akhir.
Justeru, aksi separuh akhir pertama, malam ini yang menyajikan pertembungan TFC dan JDT serta KL City men3ntang Melaka United bakal menyaksikan rekod pasukan mana yang akan lebur dulu.
Selain mengekalkan rekod tanpa kalah, keempat-empat pasukan itu juga pasti mengintai bekalan penting untuk aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung pada Jumaat ini.
Justeru, TFC dan KL City yang akan bermain di gelanggang sendiri terlebih dahulu perlu sekurang-kurangnya memastikan mereka tidak dibolosi bagi mengelak JDT dan Melaka United mendapat sebarang bekalan untuk aksi kedua nanti.
Perkara itu pastinya sudah berada dalam perancangan strategi pengendali TFC, Nafuzi Zain dan jurulatih KL City, Bojan Hodak untuk memperkemaskan benteng pertahanan dan pada masa yang sama mengharapkan jaringan dapat dihasilkan jentera serangan.
TFC mungkin berdepan tugas lebih sukar kerana lawan mereka bukanlah calang-calang pasukan, iaitu skuad Harimau Selatan yang memegang status juara bertahan dan gergasi Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.
Namun, berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan TFC sepanjang Piala Malaysia, kem JDT juga mungkin tidak senang duduk dan perlu bekerja keras bagi merencana strategi terbaik untguk memerangkap skuad Penyu.
Sementara itu, KL City juga memiliki kekuatan tersendiri kerana mereka menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas di gelanggang sendiri sepanjang musim ini termasuk di Liga Super dan Piala Malaysia.
Hanya yang menyedihkan apabila KL City akan beraksi tanpa penyokong bagi separuh akhir pertama susulan hukuman yang dikenakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Situasi itu mungkin memberi sedikit kelebihan buat Melaka United untuk meraih sesuatu yang positif sebelum menanti kunjungan KL City di Stadium Hang Jebat untuk aksi timbal balik.
sumber:- HM
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan juga perlu memastikan momentum cemerlang mereka dapat diteruskan kerana Piala Malaysia kali ini adalah peluang terbaik untuk melangkah ke final buat kali pertama.