Harapan Terengganu FC (TFC) untuk ke Piala AFC musim depan terus menyala apabila skuad Penyu berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Anak buah Nafuzi Zain itu mengekalkan rentak apabila menumbangkan Sarawak United (SU) 4-2 pada aksi suku akhir kedua di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan 6-3 secara agregat itu menyaksikan separuh akhir bakal menampilkan satu lagi ‘blockbuster’ selepas mereka dijadual bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad Harimau Selatan turut mengesahkan slot ke pusingan empat terbaik apabila menewaskan naib juara edisi 2019, Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 secara agregat.

Apapun, SU di bawah bimbingan E Elavarasan tetap perlu dipuji kerana menjadi wakil tunggal Liga Perdana yang berjaya mara ke suku akhir meskipun terpalit dengan isu ‘luar padang.’

Berbekalkan kemenangan 2-1 pada aksi pertama, hanya dua minit diperlukan TFC untuk memadam kelebihan gol di tempat lawan SU menerusi Jordan Mintah yang menyudahkan hantaran Faiz Nasir.

Tugas skuad ‘The Crocs’ terus berliku apabila pemain yang sedang ‘mel3tup’ ketika ini, Faisal Halim menambah gol kedua (m11) dan gol ketiga oleh Faiz di penghujung babak pertama.

sumber:- BH

Pelawat terus menambah derita tuan rumah apabila Mintah mel3dak gol kedua peribadinya pada minit ke-64 sebelum SU mengurangkan defisit dengan dua gol menerusi Sandro da Silva (m72) dan Uche Agba (m89).