Sukan

Perlawanan terakhir bersama United

Paul Pogba mungkin sudah bermain perlawanan terakhirnya buat Manchester United.

Pemain dengan rekod perpindahan kelab bernilai £89 juta (RM498.52 juta) itu diiangka akan diketepikan selama dua bulan selepas mengalami kec3deraan di betis kanan ketika latihan bersama skuad Perancis Isnin lalu.

Ia menyebabkan pemenang Piala Dunia itu perlu berehat hingga Januari iaitu tempoh dia boleh mula berbincang dengan kelab lain berkaitan perpindahan pada musim panas nanti – ketika kontraknya bersama United akan tamat.

Perbincangan lanjut mengenai kontrak baharu di Old Trafford dikatakan sudah tidak diteruskan.

Pengurusan tertinggi United dilaporkan bosan dengan pelbagai masalah membabitkan pemain itu terutama ejennya, Mino Raiola.

Mereka kini dikatakan gembira melepaskan pemain tengah berusia 28 tahun itu apabila kontraknya tamat yang membolehkannya menjadi ejen bebas.

Prestasi Pogba merudum sejak kembali ke kelab itu pada Ogos 2016 dan United melihatnya sebagai pemain tidak dimahukan.

sumber:- BH

Dia juga tidak akan bermain buat Red Devils dalam saingan Liga Perdana men3ntang Watford selepas rehat saingan antarabangsa berikutan layangan kad merah pada perlawanan bulan lalu menentang Liverpool. – AGENSI