Prestasi pemain yang cemerlang pada babak pertama mengekang asakan pihak lawan sudah dianggap membanggakan di saat kekangan masa dan kepenatan disebabkan berhadapan dengan beberapa perlawanan sebelum ini.

Rumusan itu dilakukan oleh Penolong Ketua Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya, yang menyifatkan pasukannya sudah bekerja keras namun akur dengan nasib yang tidak menyebelahi mereka apabila dib3lasah 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi.

Rezal berkata, formasi 3-5-2 ketika perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi sudah cukup mudah bagi pemainnya membaca pergerakan lawan namun kemasukan Safawi Rasid pada babak kedua dianggap memusnahkan kvbu pertahanan.

Sepanjang separuh masa pertama, pemain tunjukkan prestasi yang baik apabila terus mengekang asakan dari JDT dan (formasi) 3-5-2 pada saya agak mudah untuk kita membaca pergerakan pemain.

Apabila tiba separuh masa kedua, masuk Safawi (Rasid) yang masih ‘fresh’, itu sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi pemain kerana kelincahan pemain JDT dan apabila lakukan sedikit kesilapan, kita akan dihukum.

“Saya pun faham kita main banyak perlawanan dalam jangka masa agak terhad dan pemain mengalami kepenatan, kita tiada pilihan untuk menukar pemain,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Rezal berkata, berbekalkan prestasi yang baik yang ditunjukkan malam tadi, kecemerlangan itu akan dikekalkan dalam mengharungi perlawanan selepas ini sekali gus menyediakan pasukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Perlawanan malam tadi menyaksikan JDT mengumpul 18 mata maksimum, manakala Kelantan yang tidak memenangi sebarang perlawanan dalam Kumpulan D hanya menghimpun dua mata.

Selaku juara kumpulan, Harimau Selatan akan men3ntang naib juara Kumpulan C, Kedah Darul Aman di peringkat suku akhir.

Sementara itu, Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, perjalanan pasukannya untuk berdepan dengan Kedah Darul Aman dilihat bukan sesuatu yang mudah namun bersedia untuk membuat penambahbaikan.

Kita sedar Kedah Darul Aman adalah pasukan hebat dan saya tidak boleh memandang rendah pada kemampuan pihak lawan nanti walau sasarannya adalah kemenangan.

sumber:- HM

“Buat masa sekarang saya akan memberikan pemain rehat yang cukup sebelum kembali menjalani latihan dalam jadual yang padat untuk memberikan persediaan di tahap maksima,” katanya.