MANCHESTER United berdepan tamparan hebat menjelang aksi bertemu Manchester City Sabtu ini selepas tonggak pertahanannya disahkan mengalami keced3raan Hamtsring ketika United seri dengan Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.

Pemain berusia 28 tahun itu baharu sahaja kembali bersama United ketika mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham selepas mengalami keced3raan pangkal paha selepas final Liga Negara-Negara.

“Kelab mengesahkan Varane mengalami keced3raan hamstring yang dijangka menyebabkan dirinya tidak dapat beraksi selama sebulan. Kami mendoakan Varane akan cepat sembuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan keced3raan tersebut, ia pastinya menc3tuskkan kebimbangan buat Ole Gunnar Solskjaer yang bergelut di bahagian pertahanan pada sebahagian besar musim ini.

United kini pastinya berharap, Victor Lindelof akan cergas untuk menentang The Citizens meskipun sebelum ini bergelut dengan keced3raan yang menyebabkan pemain antarabangsa Sweden itu tidak dapat bermain di Itali tempoh hari.