Sukan

Isu pecah amanah mula timbul

Adakah benar Sabah FC terbabit dengan salah laku dan pecah amanah?

Situasi terbabit bertiup kencang apabila terdapat laporan sebuah portal mendakwa bahawa Kekerapan perpindahan dan pertukaran pemain import dalam Sabah FC perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sebarang salah laku dalam pengurusan Sabah FC.

Malah, terdapat dakwaan berlaku pecah amanah dalam pengurusan perpindahan pemain import yang terlalu kerap kerana ada beberapa orang dalam pengurusan Sabah FC menjadikan pertukaran pemain sebagai ‘perniagaan’.

Arena Metro yang menghubungi Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan terdapat berlakunya perkara terbabit dalam pasukan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya turut mengalukan mana-mana pihak untuk melakukan siasatan dijalankan ke atas Sabah FC.

“Saya tak nampak ada salah laku dalam pasukan Sabah FC,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Sabah FC memaklumkan bahawa tiada isu Tiada isu ‘Mark Up’ seperti yang dilaporkan portal online berkenaan

“Tiada isu ‘Mark Up’ seperti yang dilaporkan portal online berkenaan. Sabah FC cuma membayar RM30,000 untuk kos logistik penghantaran LED ke Kota Kinabalu dan ia adalah sumbangan daripada salah satu penaja Sabah FC untuk musim ini.

“Bagi sistem Catapult pula hanya RM65,000 dibelanjakan kelab dan ia dibeli secara terus daripada Australia tanpa membabitkan mana-mana pihak atau orang tengah (ejen) seperti yang dinyatakan,” katanya.

Berikutan itu, Sabah FC mencabar pihak berkaitan yang membuat kenyataan terbabit untuk tampil menunjukkan segala bukti berkenaan salah laku dan pecah amanah yang dinyatakan di dalam portal berkenaan.

Malah, pada masa sama, pihak pengurusan kelab akan membuat laporan polis untuk memaklumkan mengenai hasutan itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

sumber:- HM

“Sabah FC percaya segala tuduhan tidak berasas ini adalah dengan niat untuk menjatuhkan imej serta kerja keras yang dibuat pihak pengurusan kelab selama ini,” katanya.