Sukan

Sah Layak ke suku Akhir

Melaka United FC layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas mencatatkan keputusan 3-3 men3ntang Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, malam tadi.

Satu mata daripada aksi ini membolehkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan menghimpun 10 mata selepas empat perlawanan untuk menggungguli Kumpulan C, meninggalkan pesaing terdekatnya, Kedah Darul Aman FC dengan kelebihan empat mata yang beraksi kurang satu perlawanan.

Dalam aksi malam tadi, Kelantan United mendahului skuad Hang Tuah 2-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-22 dan Gassama Alfusainey (m-39) manakala Melaka United melalui Sony Norde (m-25).

Anak buah Zainal Abidin kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi S Kumaahran sebelum Kelantan United kembali di depan pada minit ke-78 melalui Shafizi Iqmal.

sumber:- BH

Manuel Ott kemudian berjaya menyamakan kedudukan buat Melaka United ketika saingan berbaki enam minit untuk kedudukan 3-3. Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.