Sukan

De Paula Luah Perasaan di buli

Striker naturalisasi negara, Guilherme De Paula, tidak mahu melatah dengan kritikan walaupun menyedari prestasinya sering menjadi tumpuan kritikan.

Kelibat tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan peminat apabila turut terlibat dalam kunjungan perlawanan persahabatan antarabangsa di Amman yang melibatkan Jordan dan Uzbekistan, minggu lalu.

“Saya hidup dengan kritikan. Saya tahu, sesetengah peminat macam pembenci . Ada yang suka ada yang tidak.”Saya tidak mempedulikannya walaupun menyedarinya memandangkan nama saya disebut di media sosial.

“Tapi saya tidak mengambil pusing sangat kerana karakter saya sebagai pemain bola sepak.”Ini lumrah, saya bukan lagi pemain muda, saya sudah berumur 34 tahun . Dalam bola sepak di Malaysia, saya sedar kritikannya. Kini pemain naturalisasi ini dapat menyumbat gol untuk Malaysia, saya gembira,” katanya di Nadi Arena.

Begitupun, pemain kelahiran Brazil itu tetap bersemangat menjelang Piala AFF sambil menyedari perlu menggandakan usaha dalam usaha menambat hati peminat.

Hanya dia sendiri mampu mengubah persepsi negatif terhadapnya dengan mempamerkan kebolehan di padang.”Ia ibarat pembulian. Saya sedar nama saya disebut-sebut. Saya perlu kuatkan mental kerana mereka menagih lebih banyak jaringan lagi.

sumber:- astro arena

“Ia sukar untuk dikawal (dengan kritikan) jadi saya perlu bekerja keras lagi.”Saya mahu tunaikan janji kerana saya tahu kemampuan sendiri.
“Apa yang perlu lakukan ialah berusaha dan berdiam diri.”