Sukan

Kedah tersembam di laman sendiri

KDA FC gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas kepada Melaka United 1-3 pada aksi kedua Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Walaupun Kedah mendahului di awal babak perlawanan, Melaka membuktikan penguasaannya apabila berjaya bangkit dengan tiga gol sekali gus membawa pulang tiga mata untuk mengungguli kumpulan.

Tuan rumah membuka tirai jaringan dengan gol seawal minit keenam melalui penyerang utama Kpah Sherman yang menolak bola di depan pintu gawang Melaka selepas mendapat hantaran pantas Kipre Tchetche dari sebelah kiri pintu gol.

Melaka cuba bangkit melalui percubaan striker Adriano Aparecido pada minit ke-20 yang melakukan gerakan dari sebelah kanan gawang Kedah, namun penjaga gol Kedah Ifwat Akmal tangkas menghalang percubaan itu.

Selang tiga minit kemudian, usaha Melaka memburu gol penyamaan membuahkan hasil apabila percubaan pemain import dari Haiti, Sony Norde berjaya menewaskan Ifwat Akmal dengan rembatan ke penjuru kiri gawang Kedah.

Melaka terus meng3jutkan Kedah dengan gol kedua melalui jaringan kencang Manuel Ott pada minit ke-38 yang sebelum itu mendapat lorongan daripada Adriano.

Bermula babak kedua, Manuel Ott sekali lagi menambah duka Kedah untuk gol ketiga Melaka pada minit ke-52 melalui jaringan jarak jauh tepat ke penjuru kanan gawang Kedah sekali gus menewaskan Ifwat Akmal.

sumber:- BH

Kedah yang ketinggalan dua gol terus berusaha bangkit dengan percubaan tandukan striker Kipre Tchetche pada minit ke-58 dan pemain gantian Fayadh Zulkifli pada minit ke-86, namun penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat lebih bersedia di depan gawang.