Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-93 sekali gus membolehkan Aston Villa menang 1-0 di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), buat kali pertama sepanjang tempoh12 tahun .
Kortney Hause meletakkan Villa di hadapan menerusi tandukan deras pada minit ke-88 sebelum pertahanan itu memegang bola untuk menghadiahkan talian hayat kepada tuan rumah.
Namun, percubaan Fernandes tinggi melewati palang di hadapan Stretford End untuk menamatkan rekod tanpa kalah United pada musim ini.
Selepas tersingkir awal daripada Piala Liga di laman sendiri, United kini gagal untuk menang ataupun menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir mereka.
sumber:- BH
Penyokong United kembali risau dengan prestasi buruk United di kala kembalinya super star Ronaldo ke Pasukan.