Beberapa keputusan pengadil, Mohamad Kamil Zakaria, di Stadium KLFA malam tadi terutama jaringan kemenangan kontr0versi Francis Kone mengundang rasa tidak puas hati Sarawak United.
Striker import Negeri Sembilan itu mel3dak gol tunggal perlawanan dalam masa kec3deraan untuk pasukannya merampas kedudukan takhta Liga Perdana menjelang perlawanan terakhir Selasa depan.
Sebaik wisel penamat ditiupkan, pemain dan pegawai tuan rumah cuba menghambatnya. Jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan, menjelaskan striker import skuad Jang itu melakukan kekasaran ke atas pertahanannya, Badrul Affendi, sebelum gol berkenaan terhasil.
“Dia disiku dan jaringan itu juga diberikan.”Sebelum perlawanan saya sudah cakap, jangan bagi pengadil tentukan perlawanan ini.
Perlawanan ini memerlukan orang (pengadil) yang berpengalaman dan tahu untuk mengendalikan aksi ini.
Saya rasa kawalan (pengadil) dalam perlawanan ini tidak begitu bagus. Kami terima kad merah (terhadap Sharbinee Allawee) tapi adakah ia satu peluang gol untuk sepakan penalti diberikan? Mujur tendangan itu ke atas.
“Dengan 10 pemain pun kami (terus) berusaha tapi gol pada minit terakhir itu patut lebih teliti. Apa sahaja (situasi) tegang boleh terjadi.
“Kami tidak boleh ubah keputusan jadi sebab ini kami tidak berapa berpuas hati,” katanya yang perlu mempersiapkan anak buahnya menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) II selepas ini.
Sementara itu, rakan sejawatannya di Negeri Sembilan, K. Devan, menagih kemenangan ketika bertemu PDRM di tempat sendiri kelak biarpun bakal kehilangan Kone yang turut dilayangkan kad merah atas meraikan jaringannya dengan menanggalkan jersi.
Selepas perlawanan, dia (Kone) memberitahu dia sudah terima kad kuning pertama. Dia terlupa dan mengeluarkan bajunya hingga diberikan kad kuning kedua.
sumber:- stadium astro
“Jadi dia tidak dapat bermain dalam perlawanan terakhir. “Saya harap kami menang dalam perlawanan terakhir dan kami berpeluang ceras untuk menjuarai Liga Perdana,” katanya.