Sukan

KL City FC seakan buka peluang kepada Bergson

KL City FC bakal merancakkan lagi perebutan Kasut Emas antara dua pencabar ketika ini iaitu pendahulu dari Selangor FC, Ifedayo Olusegun dan striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva.

Ketika hanya berbaki satu lagi aksi liga, kedudukan Ifedayo dengan 25 gol masih belum selamat untuk menggondol Anugerah Penjaring Terbanyak memandangkan Bergson hanya ketinggalan dua gol di belakang strikerdari Nigeria itu.

Namun, perkembangan terbaharu daripada pengendali skuad The Cityboys, Bojan Hodak seharusnya memberikan ‘tonik’ buat Bergson dalam usaha merebut anugerah terbabit sekali gus melengkapkan lagi kejuaraan Liga Super yang sudahpun dimenanginya bersama skuad Harimau Selatan.

Mana tidaknya, Hodak seakan memberi peluang kepada Bergson untuk terus mel3dak gol apabila dijangka menurunkan beberapa muka baharu yang berada di bangku simpanan untuk men3ntang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Kata jurulatih dari Croatia itu, perancangan itu diambil berikutan sebarang keputusan pada perlawanan itu sudah tidak banyak memberikan perubahan kepada kedudukan liga selain mahu fokus kepada saingan Piala Malaysia.

Kami tidak ada sebarang tekanan untuk menghadapi JDT pada perlawanan terakhir liga nanti dan saya sedia menggunakan beberapa pemain yang jarang diturunkan bagi melihat sejauh mana kemampuan mereka.

Ini peluang kepada pemain simpanan membuktikan kemampuan mereka kepada saya selepas jarang diturunkan pada musim ini.

sumber:- BH

“Saya ingin pemain utama mendapat sedikit rehat kerana mahu memberikan tumpuan kepada saingan Piala Malaysia memandangkan aksi terakhir ini tidak memberi kesan kepada kedudukan liga sama ada kami menang atau kalah,” katanya.