Sukan

Carta teratas Liga bertukar tangan lagi

Pasukan Negeri Sembilan FC berpeluang untuk muncul juara Liga Perdana musim ini selepas berjaya menewaskan Sarawak United 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin memintas Sarawak United di tangga teratas dengan 38 mata, hanya berkelebihan satu mata di depan skuad Kenyalang Emas itu.

Walaupun kedua-dua pasukan itu sudah mengesahkan slot ke Liga Super musim depan, masing-masing dilihat cukup ‘bernafsv’ untuk merebut trofi liga itu dengan aksi terakhir pada 18 September ini bakal mengesahkan siapa juara baharu saingan divisyen dua itu.

Dalam aksi terbabit, kedua-dua pasukan agak berhati-hati dalam menyusun gerakan dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Begitupun memasuki minit ke-30, skuad kenyalang emas mula menemui rentak dan anak buah E Elavarasan memiliki beberapa peluang untuk mengg3gar gawang pelawat.

Bagaimanapun ketumpulan jentera depan yang diketuai striker import dari Nigeria, Uche Agba sedikit mengecewakan untuk menamatkan babak pertama tanpa sebarang jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, skuad Hobin Jang Hobin dilihat tampil lebih kemas dengan permainan terbuka untuk membvru jaringan.

Pada minit ke-65, kesilapan penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee yang mengangkat tinggi kakinya hingga terkena pemain lawan di dalam kotak penalti membawa padah apabila dia dilayangkan kad merah sekaligus tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Striker import, Francis Kone bagaimanapun gagal menyudahkan sepakan penalti apabila tendangannya melambung tinggi dan gagal menewaskan penjaga gol gantian, Shaiful Wazizi.

Biarpun kekurangan seorang pemain, Sarawak United tetap memberi ancaman dengan S Chanturu hampir menjaringkan gol di minit ke-73 namun percubaannya ditepis Damien Lim.

sumber: HM

Negeri Sembilan akhirnya berjaya meraih gol kemenangan pada masa kec3deraan menerusi tandukan Kone sekaligus menebus kesilapannya sebelum ini untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat pasukannya.