Sukan

Kedah hampir Tersembam di laman sendiri

Persaingan untuk mendapat tempat kedua dalam Liga Super kini semakin sengit selepas Kedah Darul Aman FC terikat di tangan pasukan yang sudah pasti terseingkir ke Liga Perdana musim depan, UITM FC. Pasukan KDA seakan – akan hilang rentak permainan ketika perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan lebat di laman sendiri.

Pasukan KDA FC yang kebiasaanya cukup kuat dalam mendominasi perlawanan dilihat sangat sukar menyesuaikan diri dalam keadaan padang yang becak. Banyak kesilapan mudah dilakukan pemain – pemain KDA FC, sekaligus di hukum oleh pasukan Uitm FC. KDA FC bagaimanapun berjaya mencipta gol terlebih dahulu melalui jaringan Kapten mereka, Baddrol pada minit ke 37 .Uitm Fc kembali mengikat kedudukan pada minit 40 menerusi sepakan Penalti.

Bersambung babak kedua , kesilapan pertahanan KDA Fc pada minit 47 dihukum pemain Uitm FC . KDA FC sekali lagi dihukum pada minit ke 64. Ketinggalan dua gol memaksa pasukan KDA FC kembali menekan pasukan pelawat dan hasilnya KDA FC berjaya mengikat kedudukan menerus jaringan Fikhri Zulkiflee dan Tchetche Kipreee.

Keputusan ini membuka luas peluang kepada pasukanĀ  Penang FC dalam merebut tempat kedua seterusnya mendapatkan slot ke AFC. Selepas 21 perlawanan KDA FC berkongsi mata denganĀ  Penang FC ,40 mata. Kedah bagaimanapun berjaya memintas Penang FC dengan kelebihan jaringan. Kedudukan ini sangat sengit dan hanya kemenangan perlawanan seterusnya menjamin kedudukan pasukan-pasukan tersebut.Perlawanan terakhir Liga Super Kedah melawan Melaka United akan menentukan pasukan mana yang akan mendapatkan slot tersebut.