Sukan

Jaringan bertaraf dunia memang sudah dirancang

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak yakin keupayaan ditunjukkan pemainnya ketika men3ntang Sri Pahang kelmarin mampu mendorong mereka beraksi dengan lebih bersemangat apabila berdepan KL City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam esok.

Menurut Aidil Sharin, selain komitmen tinggi pemainnya yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama, beliau juga teruja dengan jaringan menarik Amirul Hisyam Awang Kechik.

Gol r3mbatan dari luar kotak penalti yang dihasilkan pada awal babak pertama oleh Amirul Hisyam itu bertaraf ‘world class’ dan saya puji keyakinannya dan dia membuktikan keupayaan itu.

Percubaan ini memang sukar, tetapi kami sudah merancang strategi itu sebelum ini dan kami mengambil peluang yang ada sebaik mungkin.

“Gol itu juga telah menyuntik semangat pemain lain untuk terus bekerja keras sepanjang perlawanan men3ntang Sri Pahang walaupun tidak mudah beraksi di tempat lawan, namun itulah semangat yang saya harap dapat mereka teruskan selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, Aidil enggan memberi tekanan kepada pemain tempatan dan menyedari tugas berat terpaksa mereka hadapi selepas ketiadaan beberapa tonggak import seperti Kpah Sherman, Rabih Ataya dan Kipre Tchetche.

Saya berharap semua pemain tempatan dapat terus membuktikan kemampuan dalam usaha meneruskan rentak terbaik menerusi tiga lagi baki perlawanan selepas ini.

“Sudah pasti mereka berkobar-kobar mahu menunjukkan kemampuan seterusnya pada perlawanan menentang KL City. Saya tetap yakin dengan semangat yang mereka tunjukkan, teruskan usaha…” katanya.

Kedah kini menduduki tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 39 mata dan dicabar hebat Terengganu FC dan Penang FC yang masing-masing mengumpul 37 mata setakat ini.