Setelah lama dilanda episod duka, Kehadiran kapten Sri Pahang FC, Muslim Ahmad dan Herold Goulon kembali ceriakan skuad itu apabila melayan kunjungan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Muslim dan Goulon, masing-masing tidak beraksi ketika Sri Pahang tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat lalu, akibat kec3deraan dan penggantungan akan memperkasakan skuad itu.

Ia disahkan pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh yang mengakui gembira dengan perkembangan itu biarpun beberapa pemain utama lain masih belum pulih daripada kec3deraan.

Di sebalik masalah kec3deraan menimpa beberapa pemain utama, saya tetap gembira apabila Muslim dan Goulon akan beraksi malam esok. Muslim sudah pulih daripada kec3deraan manakala Goulon pula sudah menjalani pengantungan satu perlawanan.

“Namun, saya akui tetap terkilan kerana tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama yang masih cedera dan penggantungan pemain,” katanya.

Antara pemain yang tidak beraksi akibat kecederaan ialah Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Aung Kaung Mann, Zuhair Aizat Mohd Nazri, Helmi Eliza Elias dan Zarif Irfan Hashimuddin. Pemain tengah, Baqiuddin Shamsudin pula berdepan penggantungan satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

Mengulas barisan pemain yang bakal disenaraikan malam esok, bekas pemain kebangsaan itu tidak menolak kemungkinan menyandarkan harapan kepada gabungan pemain muda.

“Biarpun kurang pengalaman tetapi mereka sudah membuktikan ketika berdepan JDT Jumaat lalu dan tidak mustahil mampu beraksi lebih baik. Pada masa sama, kita mahu tiga mata untuk mengelak daripada berada di zon penyingkiran,” katanya.

Selepas 19 perlawanan , skuad Tok Gajah berada di kedudukan ke-10 dengan mengutip 17 mata. Dua pasukan yang berada di zon penyingkiran ialah Perak FC dan UiTM FC, masing-masing mengutip 13 mata dan sembilan mata.