Pemilik Kelantan Akui Kena ‘ban’

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman mengesahkan beliau menetapkan beberapa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada barisan pemain dan jurulatih bagi mengharungi saingan Liga Premier musim 2021.

Beliau berkata, KPI perlu diambil kira bagi memastikan Kelantan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Setiap pemain yang menyarung jersi Kelantan FC nanti semuanya ada KPI,” katanya kepada Sinar Harian.

“Bukan setakat jaringan gol diambil kira tetapi aspek kecergasan, disiplin kehadiran latihan turut diambil kira sebagai penilaian KPI.

“Tangga gaji baharu juga diubah agar selaras dengan KPI iaitu bonus tambahan sekiranya ada kejuaraan yang dikecapi. Mereka juga ada KPI marketing (pemasaran) untuk bantu pasukan jana pendapatan.

“Barisan jurulatih juga ada KPI mereka sendiri dan sudah tentu prestasi pasukan di tengah padang dijadikan ukuran. Sama seperti pemain, sistem gaji jurulatih juga selaras dengan KPI yang ditetapkan.”

Norizam juga mendedahkan rundingan dengan jurulatih baharu dari Itali berjalan lancar namun pand3mik C0vid-19 menyebabkan kedatangan jurulatih itu tertangguh seketika.

Malah, Kelantan menghadapi larangan untuk membawa masuk pemain import baharu disebabkan masalah tunggakan gaji sebelum ini.

Mengenai pemain import, kami berdepan sedikit kesulitan selepas dikenakan ‘transfer ban’ oleh FIFA ekoran masalah yang berlaku sebelum ini.

Namun, kami sedang berurusan dengan pihak FIFA untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini. Jika berjaya, kami sudah ada beberapa pemain terbaik yang menyatakan minat untuk beraksi dengan Kelantan FC.

Norizam juga mendedahkan beliau sedang giat untuk menyediakan pusat latihan yang baharu.