Malaysia mula takut dengan Kehebatan skuad Indonesia

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan atau Iwan Bule menyifatkan persiapan skuad bawah 19 tahun Indonesia (B-19) di eropah mula mendapat perhatian semua pihak termasuk Malaysia.

Penularan wabak pand3mik C0VID-19 telah sedikit menj3jaskan persiapan skuad garuda muda bagi menghadapi kejohanan AFC B-19 dan Piala Dunia B-20 pada tahun depan.


Disebabkan itu, pengendali pasukan, Shin Tae-yong merancang untuk mengadakan kem latihan pusat di luar negara dan PSSI menjadikan negara eropah sebagai pilihan.

Sejak berada di Croatia pada bulan Ogos, mereka berjaya mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam perlawanan persahabatan menewaskan kelab liga divisyen 1 Croatia, Hajduk Split, 4-0 pada minggu lepas.

Iriawan mengatakan Malaysia mula ketakvtan melihat persiapan rapi pasukan Indonesia B-19 sedangkan skuad kendalian Brad Maloney belum turun menjalani latihan selama 2-3 bulan.

Malaysia yang jadi rival kita mulai wadvh melihat pasukan bawah 19 tahun kita mampu mengalahkan pasukan kuat Liga Croatia yang belum pernah kalah sembilan perlawanan dengan jaringan 4-0, kata Iwan Bule dipetik dalam Bolalob. 

Skuad Indonesia bukan sahaja menjalani latihan tetapi turut menyertai kejohanan jemputan antarabangsa anjuran Federasi Bola Sepak Croatia (HSN) bersama 3 pasukan lain iaitu tuan rumah (Croatia), Bulgaria dan Arab Saudi pada bulan September lepas.

Kejohanan ini menjadi medan Shin Tae-yong untuk menguji sejauh mana kekuatan mental dan fizikal anak buahnya menghadapi pasukan yang lebih kuat.

Lebih menarik, perlawanan itu turut disiarkan secara langsung di Mola TV untuk tonton peminat bola sepak Indonesia. Namun begitu, Iriawan tidak begitu risau taktikal pasukan turut terd3dah untuk tontonan pasukan lawan.

Berkaitan dengan tayangan siaran langsung Timnas U-19, Shin Tae-yong sudah memberi kebenaran agar perkembangan pasukan dapat dilihat oleh rakyat Indonesia, tambahnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *