sukan

JDT ambil langkah drastik selepas insiden

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara melibatkan Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Terbaru pemain tengah JDT, Safiq Rahim menjadi mangsa serangan selepas cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi oleh dua individu ketika berada berdekatan pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards, melalui satu kenyataan rasmi akan meningkatkan lagi tahap keselamatan para pemain sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) risau dengan insiden yang melibatkan Safiq Rahim di mana kereta beliau telah diserang berhampiran Pusat Latihan JDT malam tadi.

“Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak. Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga.

sumber:- BH

“Kami juga telah menasihatkan para pemain kami untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran-hantaran mereka pada media sosial pada setiap masa.” katanya.