sukan

Suspek patah balik ambil botol

Suspek yang terbabit dalam kejadian simbah asid ke atas bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim sempat berpatah semula mengutip botol asid yang tercicir sebelum melarikan diri.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 4.40 petang kelmarin, Faisal bersama isteri dan anak dikatakan menuju ke kereta BMW yang di parkir di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

“Ketika itulah dua lelaki menaiki motosikal menghampiri Faisal dan seorang menyimbah asid ke arahnya.

“Selepas simbah asid, suspek lari tetapi sempat berpatah balik sebab nak ambil botol (asid) yang terjatuh.”Akibat insiden itu, pemain bola terbabit melecur teruk di badan, malah isterinya yang berada berhampiran turut terkena sedikit (simbahan asid) sehingga pakaiannya berlubang,” katanya ketika dihubungi tadi.

Katanya, sebaik suspek melarikan diri, saksi kejadian menghubungi polis.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menahan dua suspek kelmarin dan semalam di Pandan Indah Ampang dan Bandar Baru Bangi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, siasatan mendapati suspek pertama tidak terbabit dengan kejadian itu kerana suspek menggunakan nombor pendaftaran motosikal palsu yang sama dengan kenderaannya.

simber:- HM

“Suspek kedua yang ditahan di Bandar Baru Bangi pula direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.