Luqman tersenarai bertemu Anderlecht

Kuala Lumpur: Selepas terperap hampir dua bulan beraksi bersama skuad pembangunan sebelum ini, striker muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berpeluang meraih penampilan pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK) pada Sabtu ini.

Menerusi pendedahan kelab penyokong KVK di laman sosial sebentar tadi, difahamkan Luqman bakal disenaraikan dalam aksi men3ntang Anderlecht, di Stadium Guldensporen, Kortrijk.

Jika benar, ia adalah berita paling dinantikan peminat bola sepak tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan striker berusia 19 tahun itu.

Untuk rekod, Luqman mengikat kontrak selama lima musim dengan KVK selepas berhijrah daripada Selangor II Ogos lalu.

Sejak Luqman tiba di KVK, dia hanya beraksi bersama skuad B-21 KVK dan setakat tiga penampilannya, Luqman berjaya mel3dak tiga gol buat pasukan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *