Diogo Tidak Akan Lupa

Bekas striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo mengharapkan semua pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) dapat mengikut jejak langkah skuad JDT yang ketika ini sudah berada dalam kelas yang tersendiri.

Dia yang bakal meninggalkan JDT sempat berkongsi penghargaan selepas beraksi selama dua tahun bersama skuad JDT  dan membantu mereka merangkul gelaran Liga Super, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Jelas pemain berusia 33 tahun itu, dia sama sekali tidak akan melupakan kenangannya beraksi bersama JDT dan pengalamannya sepanjang berada di Malaysia sebelum ini.

Saya mahu berkongsi rasa betapa beruntungnya saya menjadi sebahagian daripada keluarga JDT untuk tempoh dua tahun ini dan penghargaan istimewa kepada bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim).

Masa yang begitu menggembirakan dan pencapaian yang menakjubkan selain pengalaman untuk belajar bagi karier profesional saya. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyambut kehadiran saya dan keluarga dengan mesra.

Sudah tiba masanya untuk cabaran baharu tetapi JDT dan Malaysia sentiasa menjadi tempat yang istimewa dalam hati dan kisah hidup saya. Saya mengharapkan semua pasukan di Malaysia akan terinspirasi dengan profesionalisme dan struktur yang ada di JDT.

Semoga bola sepak di negara yang indah dapat terus berkembangan lebih jauh, katanya.

Sebagai rekod, Diogo akan kembali ke Thailand selepas dijangka menyertai pendahulu Liga 1 Thai, BG Pathum United.

Berdasarkan laporan media Thailand, bekas pemain Buriram United itu dikatakan menjadi penerima gaji tertinggi di BG Pathum United dengan anggaran sekitar 3 juta baht atau RM403,000 sebulan.