Badminton Malaysia masih bersinar

Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand menyaksikan kelibat pasangan negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang kembali menghidupkan harapan perjvangan barisan beregu lelaki negara.

Biarpun tewas kepada beregu lebih pengalaman yang juga pemenang pemenang pingat perak temasya Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, 16-21, 19-21, namun peningkatan yang ditunjukkan mampu untuk membawa beregu itu mara lebih jauh selepas ini.

Kata Izzuddin banyak yang dipelajarinya dan kombinasinya bersama Sze Fei juga semakin baik terutama pertukaran posisi di dalam gelanggang.

Bagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dalam ket@jaman s3rangan menjelang kejohanan Toyata Terbuka Thailand minggu depan.

Ia satu permulaan yang bagus buat kami berdua. Kami perlu terus berusaha untuk memantapkan lagi permainan minggu depan.

Banyak yang kami pelajari, antaranya bila bulu tangkis perlahan kami kena banyakkan lagi variasi pukulan dan lebih banyak ‘intercept shot’ lawan, katanya yang kali kedua beraksi di kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 1,000.

Perjvangan beregu muda negara ini terhenti di suku akhir apabila tewas kepada beregu profesional negara namun ia satu permulaan yang bagus buat mereka menimba pengalaman di awal tahun 2021.

Kali terakhir pasangan negara ini beraksi adalah di kejohanan Seluruh England Mac tahun lalu yang menyaksikan mereka tewas kepada rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik 15-12, 17-21.