Sukan

Tiada guna lagi beri arahan pada Bergson

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui barisan pemainnya akan berdepan tugas sukar apabila berdepan kelab dari Korea Selatan, UIsan Hyundai pada aksi kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Mora tanpa berselindung menganggap pertembungan men3ntang pendahulu Liga 1 Korea (K1 League) amat sukar untuk diterjemahkan dengan kemenangan namun berharap faktor cuaca dapat membantu JDT mengimbangi kekuatan skuad kendalian Hong Myung-bo.

Kami melihat aksi pertama mereka menentang Kawasaki Frontale dan mereka tampil dengan corak permainan yang tersusun dan kesempatan pasukan itu beraksi di padang Stadium Suitan Ibrahim semestinya beri kelebihan buat mereka tatkala padang di sini sama kualiti di Korea.

Apapun, kami akan bersedia untuk mengharungi 90 minit perlawanan dan akan berdepan corak permainan fizikal yang bakal ditampilkan barisan pemain Ulsan Hyundai namun kami juga memiliki pemain yang mantap seperti Shane (Lowry) di posisi pertahanan dan Natxo (Insa) yang mampu mengimbangi corak permainan keras pasukan lawan.

“Mengenai barisan pemain lawan yang harus diberi tumpuan, saya perlu mengingatkan pemain JDT untuk mengawasi pemain tengah nombor 8 (Jun Amano) yang beraksi konsisten yang sentiasa menjana gerakan berb@haya selain striker dari Brazil (Leonardo de Souza) malah mereka juga ada dua lagi pemain import, Mark Koszla dan Valeri Qazaishvili,” katanya.

Mora menambah, pemain JDT yang bakal diturunkan perlu beri sepenuh fokus untuk memastikan kelincahan barisan pemain dari Korea itu tidak menguasai keseluruhan permainan dan berharap pemain JDT tidak membuat kesilapan mudah.

Malah pengendali kelahiran Mexico itu juga enggan memberi tekanan kepada Bergson Da Silva pada aksi men3ntang Ulsan Hyundai sebaliknya mahu memberi kebebasan kepada penjaring hatrik ketika men3ntang Guangzhou FC yang menyaksikan JDT menang 5-0 pada aksi pertama itu.

“Saya tidak mahu menyatakan apa-apa kepada Bergson kerana dia berada di tahap memuaskan malah ia berjalan lancar apabila berfungsi dengan baik dan dia tahu apa yang perlu dibuat. Tiada guna beri arahan dan tekanan. Biar dia laksanakan apa yang perlu dilakukan,” kata Mora.

Sementara itu tonggak benteng, Lowry berharap tuah memihak JDT apabila berdepan pasukan yang berstatus elit di rantau Asia walaupun sedar ia tugas rumit untuk mencipta kemenangan tatkala kelab dari Korea itu akan tampil dengan permainan agresif.

sumber:- HM

“Apa yang harus kami lakukan apabila beraksi di padang adalah menepis tanggapan bahawa JDT tidak mampu tewaskan pasukan lawan, malah kami harus ada keyakinan diri untuk memberi saingan sengit dan memburu kemenangan kedua pada saingan ACL,” kata Lowry.