Sukan

Ketangkasan Mendoza luar biasa

Kesilapan sendiri serta ketangkasan diperagakan penjaga gol lawan, Kevin Ray Mendoza menjadi punca Sabah FC tumbang 2-0 di tangan KL City FC pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Itu penilaian pengendali skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee selepas menyaksikan rentak hatrik kemenangan mereka disekat juara Piala Malaysia itu yang meraih kemenangan dalam dua perlawanan berturut turut.

(Punca) Kesilapan kita sendiri dan bukan silap pasukan lawan ataupun lawan menunjukkan permainan yang lebih baik. Kita hilang konsentrasi dan kelalaian yang menyebabkan kita dibolosi.

Kita dapat banyak peluang yang tidak dapat disudahkan pada separuh masa kedua terutamanya dengan penjaga gol KL City FC yang bermain dengan begitu baik.

“Saya percaya dia faktor utama kita tidak dapat menjaringkan gol selain daripada kesilapan yang kita lakukan. Kita harus bangkit kerana kita ada lagi perlawanan yang lebih penting selepas ini,” kata Kim Swee.

Sebagai rekod, ini adalah kekalahan kedua buat Sabah FC dalam lima perlawanan selepas tewas 1-0 pada aksi pembukaan berdepan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) sebelum ini.

Sementara itu, pengendali skuad ‘Warga Kota’, Bojan Hodak berpuas hati selepas benteng pertahanannya menunjukkan persembahan yang bertambah mantap apabila tidak dibolosi dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pencapaian itu jelas lebih baik selepas mengambil kira anak buahnya melepaskan sembilan gol – tiga gol berturut-turut dalam tiga aksi pertama liga sebelum ini.

Sabah FC ada beberapa peluang selain percubaan daripada luar kotak. Selain itu, pertahanan kita bertahan dengan baik dan sangat penting apabila kita tidak dibolosi.

sumber:- BH

“Jika pertahanan dengan berkeyakinan dan dapat mengatasi s3rangan yang datang, ini akan memudahkan bahagian tengah dan serangan untuk bermain,” katanya.