Sukan

Perak FC dapat peluang kedua

Ketika hampir rebah meny3mbah bumi kerana menanggung hutang, akhirnya Perak FC bakal mendapat ny@wa kedua apabila terdapat pihak yang sudi mengambil alih pasukan terbabit dalam waktu terdekat ini.

Malah, perbincangan membabitkan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd dan pihak berkenaan sudah berada di fasa terakhir seterusnya jika tiada aral melintang kemungkinan skuad Bos Gaurus akan mendapat ‘tuan’ baharu dalam tempoh seminggu ini.

Mengesahkan situasi berkenaan, Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah berkata, proses perbincangan bersama pihak berkenaan berjalan lancar dan ketika ini hanya menunggu maklum balas lanjut daripada mereka.

Beliau berkata, IMC tidak berhadapan masalah untuk menyerahkan sepenuhnya pemilikan Perak FC kepada pihak berkenaan atau menjual majoriti saham kepada mereka berdasarkan kepada persetujuan bersama.

Ketika ini, terlalu banyak khabar angin berkaitan IMC malah berkaitan tanda harga Perak FC berjumlah RM12 juta juga adalah tidak benar.

Saya boleh sahkan memang kami dalam proses perbincangan bersama seorang pelabur ini namun tidak dapat dipastikan sama ada akan tampil sebagai individu, syarikat atau menubuhkan syarikat baharu untuk menguruskan Perak FC.

“Pada masa sama, kami tidak menyerahkan Perak FC secara membabi buta kerana akan terlebih dahulu melihat profil pihak berkenaan termasuklah kemampuan kewangan mereka untuk menerajui skuad Bos Gaurus,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menjual IMC dengan nilai berjumlah RM12 juta.

Malah, turut dikaitkan dengan pembelian Perak FC adalah individu atau syarikat berpangkalan di Singapura dan sudah membeli 70 peratus pemilikan kelab itu.

Sementara itu, Yunus berkata, pihak yang berminat untuk membeli Perak FC bukanlah individu atau syarikat luar negara namun mereka adalah warga tempatan.

Saya tidak tahu bagaimana berita ini boleh tersebar kerana apa yang boleh katakan bahawa setakat ini berbincangan dengan satu pihak saja dan mereka beroperasi dalam negara.

sumber:- HM

“Berkaitan dengan tunggakan gaji pemain pula, anggaran keseluruhan adalah RM2 juta bukannya RM6 juta seperti didakwa setengah pihak,” katanya.