Menjelang aksi pembuka tirai Liga super 2022 men3ntang pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta’zim (JDT), ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha, mempunyai perancangan tersendiri untuk menjerat juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu esok.

Malah pengendali yang membawa Penang FC muncul pasukan ketiga terbaik musim lalu itu memulakan p3rang psik0logi dengan melabel tekanan lebih terarah kepada skuad kendalian Benjamin Mora selaku pasukan pilihan — sambil berkongsi anc@man utama Harimau Selatan.

Kunjungan Penang FC ke Stadium Sultan Ibrahim kali ini tanpa kudrat dua pemain utama, Cassagrande serta Endrick dos Santos yang digantvng perlawanan ekoran insid3n pergaduhan di Kuala Terengganu dalam saingan empat penjuru yang lalu.

sumber:- SA

Atas faktor itu, Trucha sudah ada ramuan untuk menghadirkan cabaran terhadap JDT — selain mempertaruhkan Hilal El-Helwe di jentera s3rangan, namun kekal berahsia posisi perancang utama berdepan JDT.