Sukan

Reaksi jurulatih Laos selepas malukan Malaysia

Ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Brad Maloney kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal memanfaat peluang sehingga tunduk kepada Laos dalam aksi pertama Kumpulan B Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Kemboja, petang tadi.

Menurut Maloney, pasukan negara sepatutnya boleh menghasilkan lebih banyak jaringan berdasarkan kepada permainan pada babak pertama perlawanan yang berlangsung di Stadium Prince itu.

Beliau turut mengakui skuad Harimau Muda seperti hilang punca pada separuh masa kedua, sekali gus memberi peluang Laos bangkit selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama perlawanan.

Kami kehilangan arah pada separuh masa kedua dan melakukan beberapa kesilapan mudah di kawasan berb@haya terutamanya apabila kami melepaskan gol kedua.

Kekalahan ini pastinya memberi pengajaran bermakna buat pasukan kita. Jika kita mahu mara ke separuh akhir, kita perlu dapatkan keputusan yang positif pada perlawanan seterusnya,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Laos, Hans Michael Weiss mengakui keputusan hari ini adalah satu kejutan besar buat pasukannya kerana ia jarang-jarang sekali berlaku.

“Ketika waktu rehat, saya bagitahu pemain saya supaya tidak menyerah, jangan terlalu memikirkan kesilapan dan cuba dapatkan keputusan,” katanya.

Malaysia membuka jaringan menerusi A Selvan sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat sebelum kapten pasukan Laos, Bounphachan Bounkong bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Tandukan pemain pertahanan, Phetdavanh Sangvilay yang menerima hantaran daripada sepakan percuma Bounphachan pada minit ke-78 mengesahkan tiga mata milik pasukan Laos dalam pertemuan pertama dengan Malaysia hari ini.

Laos mempunyai peluang terbaik berikutan kemenangan ke atas Malaysia manakala skuad negara pula tiada pilihan melainkan perlu mengatasi Laos dengan jumlah jaringan lebih besar pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Morodok Techno pada Isnin ini dalam usaha menempatkan diri di separuh akhir.

sumber:- BH

Hanya pemenang tiga kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Februari.