Sukan

Kelab telah buat permohonan maaf kepada Kuala Lumpur City

Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memohon maaf di atas kesulitan yang dialami Kuala Lumpur (KL) City FC susulan penarikan diri aksi perlawanan bagi merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan yang dijadualkan malam esok.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, keputusan itu dilakukan demi keselamatan dan kepentingan umum berikutan beberapa pemain dan pegawai pasukan didapati positif C0vid-19, semalam.

Bagi pihak SPFC, saya memohon kemaafan kepada pengurusan KL City kerana Sri Pahang terpaksa menarik diri di atas keadaan yang berlaku.

Dengan keputusan ini ia diharap diterima dan ketika ini segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi.

“Bermula semalam, semua pegawai dan pemain menjalani tempoh kuarant!n selama tujuh hari seperti yang ditetapkan KKM,” katanya.

Skuad Sri Pahang yang dikendalikan oleh Christophe Gamel dijadual berdepan KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pada jam 9.30 malam esok.

Namun, disebabkan beberapa pemain skuad Tok Gajah didapati positif C0vid-19 menyebabkan kelab itu mengambil keputusan menarik diri.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya tidak mahu ada pemain KL City yang dijangkiti kerana ia boleh menjejaskan persiapan kelab itu apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih pada 26 Februari ini.

Mengulas persiapan menghadapi Liga Super pada 5 Mac depan, Mohammed Suffian berkata, semua pemain yang tidak dijangkit! C0vid-19 diminta menjalani latihan di rumah dalam mengekalkan tahap kecergasan.

sumber:- BH

Justeru, katanya, barisan kejurulatihan akan memantau prestasi pemain dan menjalani latihan melalui panggilan video secara atas talian.