Sukan

Teong Kim dan TMJ makin ‘panas’

Bekas pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Bayern Munich di Jerman, Lim Teong Kim tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa meminta gaji sebanyak €70,000-€80,000 Euro (RM330,000-380,000) sebulan untuk melatih pasukan pembangunan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, kredibilitinya turut dipersoalkan untuk melatih skuad senior Harimau Malaya yang dianggap tidak layak oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya awal bulan ini.

Lantas, Teong Kim yang juga bekas Pengarah Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) tampil menafikan segala dakwaan Tunku Ismail itu sambil meminta agar diberi peluang untuk membimbing mana-mana pasukan bagi membuktikan dirinya layak sebagai jurulatih pasukan senior.

“Maaf Tunku, apa yang kami kata tidak benar,” tulis Teong Kim di laman sosial sekali gus menolak dakwaan tidak berasas itu.

Begitupun, Tunku Ismail kemudiannya membalasnya di ruang maya yang sama dengan menegaskan beliau mempunyai saksi, malah ia turut disahkan pegawai dari unit kewangan JDT atas permintaan gaji tinggi itu.

Kedua-duanya dilihat terus bertikam lidah dengan Teong Kim memberi contoh dua pengurus terkenal kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Pep Guardiola dan Thomas Tuchel memulakan kariernya di peringkat pembangunan sebelum mengendalikan pasukan utama Manchester City dan Chelsea.

Tidak benar (tentang permintaan gaji), saya tidak ingin bercakap dengan pasukan kewangan (dari JDT). Saya tahu dan ingat bercakap dengan Tunku. Dan…apa kena mengena tentang kegagalan pasukan kebangsaan dengan saya

“Saya nak tanya Tunku, adakah saya pernah memohon jawatan untuk skuad kebangsaan? Untuk pengetahuan, Guardiola dan Thomas Tuchel juga bermula dari peringkat pembangunan dan semua jurulatih di Eropah melalui proses yang sama. Saya mempunyai kelayakan Lesen Pro UEFA,” katanya.

Di Malaysia mungkin ramai yang mempertikaikan kebolehan Teong Kim, namun di Jerman namanya cukup dikenali malah ramai pemain ternama dari negara itu mengucapkan terima kasih kepada bekas pemain Harimau Malaya itu.

Antara pemain Jerman yang lahir dari ‘air tangannya’ ialah Thomas Muller yang pernah mengakui di media Eropah bahawa Teong Kim adalah jurulatihnya, dan dianggap individu penting yang mencorak kariernya sebagai seorang pemain profesional.

Untuk rekod, generasi sulung AMD diketuai Luqman Hakim Shamsudin yang kini muncul anak tempatan pertama meraih kontrak dengan kelab Belgium, KV Kortrijk adalah hasil didikan Teong Kim di AMD sebelum ini.

sumber:- HM

Bagaimanapun jodohnya bersama AMD tidak kekal lama apabila beliau meninggalkan projek pembangunan itu selepas dikr!tik hebat ekoran kegagalan membawa skuad B-16 tahun negara layak ke Piala Dunia B-17 pada 2018 lalu.