Sukan

TFC terima tajaan terbesar

Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, menerima tajaan terbesar berjumlah RM4.5 juta daripada syarikat pengeluar pemakanan kesihatan, TDC Holdings Sdn Bhd sebagai persiapan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh berkata, TDC Holdings Sdn Bhd menjadi penaja platinum skuad itu selama dua musim sehingga 2023.

Katanya, jumlah penajaan terbesar itu dapat mengurangkan kebergantungan sepenuhnya dana daripada kerajaan negeri selaras dengan dasar penswastaan kelab.

Kita berbesar hati menerima tajaan terbesar musim ini daripada TDC Holdings Sdn Bhd yang juga penaja utama dengan jumlah tajaan sebanyak RM2 juta bagi setiap tahun selain RM500,000 dalam bentuk barangan dengan nilai keseluruhan RM4.5 juta selama dua musim.

Kita harapkan dengan kerjasama itu ianya bakal merancakkan lagi industri bola sepak negeri kerana misi kita adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain tempatan berbakat yang bukan sahaja mampu mewakili negeri tapi juga negara.

“Penajaan itu juga sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan daripada sumber kerajaan negeri kerana kita juga menyasarkan sifar dana daripada kerajaan negeri dalam masa beberapa tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan dengan syarikat TDC Holdings Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah di pejabat TFC Sdn Bhd hari ini.

Sementara itu, Mohd Hafizuddin Hiew berkata, peningkatan prestasi skuad kendalian Nafuzi Zain itu sejak 2018 lagi mendorong beliau menaja pasukan itu bermula musim ini.

Selain Selangor FC, kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan TFC yang disifatkan antara pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sekali gus menarik minat kami untuk menaja skuad itu.

Selain daripada sokongan kewangan dan barangan, hubungan strategik bersama TFC Sdn Bhd ini dengan berkongsi misi dan misi membuka peluang penerokaan lebih luas pelbagai produk antara kedua-dua belah pihak.

sumber HM

“Jadi kita harapkan selain dapat membantu meningkatkan nilai komersial TFC dan TDC Holdings, kami turut mengharapkan kerjasama ini dapat melonjakkan lagi semangat pemain untuk membvru impian dan sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan,” katanya yang menjelaskan produk keluarannya sudah memasuki pasaran tempatan sejak 2016 selain sudah men3mbusi pasaran Brunei, Singapura dan terbaharu Indonesia.