Negeri Sembilan FC (NSFC) yang tampil dengan berwajah baharu bagi mengharungi cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022, sudah mengikat dua pemain import setakat ini.

Pengurus Besar NSFC, Firdaus Bhari berkata, dua pemain terbabit ialah bekas pemain Sri Pahang FC, Herold Goulon, 33, dari Perancis dan seorang lagi, muka baharu di pentas saingan Liga M iaitu David Gordon Mawutur, 29, dari Ghana.

Katanya, kedua-dua pemain terbabit sudah menandatangani kontrak semusim bersama Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan akan menggunakan khidmat lima pemain import seperti yang diperuntukkan dan tiga lagi pemain itu sedang diteliti pihak barisan kejurulatihan pasukan.

“Kita yakin dapat melengkapkan senarai semua pemain menjelang bulan depan. Setakat ini senarai pemain tempatan sudah lengkap,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kedua-dua pemain terbabit, Firdaus berkata kehadiran Guolon bakal menambah kekebalan benteng pertahanan skuad Hobin Jang Hobin.

Menurutnya, pemain yang beraksi dua musim sejak 2019 bersama Sri Pahang itu memiliki ketinggian 1.95 meter dan beraksi sebanyak 47 penampilan selain boleh beraksi di bahagian tengah.

Guolon pernah mewakili kelab terkenal Middlesbrough dan Blackburn Rovers ketika di awal permulaan kariernya dan pengalamannya bersama Sri Pahang dijangka akan dapat membantu memudahkan perancangan pasukan membentuk skuad mantap bagi menghadapi cabaran Liga Super.

“Malah, dia terbukti tajam di barisan hadapan gol apabila mel3dak 11 gol dalam liga untuk Sri Pahang selain pernah menjaringkan menerusi sepakan bola mat!,” katanya.

Katanya, Mawutur pula akan beraksi di bahagian tengah.

Dia yang memiliki ketinggian 1.81 meter pernah mewakili Istiklol FC dan Wisla Krakow sebelum ini.

sumber:- BH

“Kami berharap kehadiran mereka dapat memperkuatkan jentera pasukan,” katanya.