Sukan

Bergson ‘perli’ Mintah

Tindakan Striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva yang ‘meniru’ cara striker Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah meraikan gol mencuri perhatian pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Selepas atrikerdari Brazil itu menjaringkan gol ketiga buat JDT pada minit ke-14, penyerang itu berlari ke arah tempat duduk penyokong untuk meraikan gol peribadi keduanya pada aksi itu.

Bukan setakat meraikan jaringan itu bersama rakan sepasukan malah dia turut ‘merangkak’ di atas padang sebagai simbolik ke atas keraian yang sering dilakukan oleh Mintah selepas dia menjaringkan gol buat skuad Penyu.

Sebelum ini, Mintah juga pernah merangkak bagaikan zombi ketika menjaringkan gol pembukaan buat TFC men3ntang skuad Harimau Selatan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Isnin lalu.

Klip video Bergson yang meraikan jaringan ala ala Mintah itu hangat diperkatakan di media sosial apabila penyokong menyifatkan Bergson cuba ‘memerli’ striker dari Ghana itu.

Bagaimanapun, Mintah yang sempat meninggalkan komen pada klip video yang tular itu mengakui tidak mengambil hati meskipun ada yang menganggap dia seakan diejek oleh Bergson.

Inilah keindahan bola sepak. Tiada siapa yang patut menganggap keraian gol ini sebagai satu perkara yang serius.

sumber:- BH

“Inilah cara pemain bola sepak bergurau antara satu sama lain. Bola sepak adalah mengenai kasih sayang,” kata Mintah.