Sukan

Keadaan padang disana beri kelebihan untuk JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan turun habis-habisan untuk memburu kemenangan bagi dijadikan bekalan selesa apabila men3ntang Terengganu FC pada aksi suku separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, walaupun ia aksi separuh akhir namun bagi dirinya menentang skuad bimbingan Nafuzi Zain ibarat final buat skuad Harimau Selatan dan semestinya menuntut barisan pemainnya memberi 100 peratus komitmen dalam perlawanan itu nanti.

 

Ia perlawanan sukar bukan sahaja bagi kami malah Terengganu juga akan berdepan situasi yang sama kerana ia membabitkan pemburuan ke pentas final piala berprestij dan beraksi di stadium mereka sememangnya sukar bagi kami.

Apapun, keadaan padang di sana akan membantu kami kerana ia padang berkenaan seakan Stadium Sultan Ibrahim dan ia juga bakal beri keselesaan buat pemain kami beraksi dengan baik dan memperaga corak permainan konsisten.

“Ia akan beri kesan dengan kawalan bola yang tersusun dan mudah untuk pemain JDT bermain seperti biasa tanpa menjejaskan rentak permainan namun kami juga harus berwaspada dengan anc@man daripada Terengganu yang inginkan kemenangan di laman mereka sendiri,” katanya.

Rekod pertembungan JDT dan TFC dalam saingan Liga Super tampak seimbang selepas JDT pernah tewas kepada TFC 1-0 hasil jaringan Hakimi Abdullah pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim sebelum skuad Harimau Selatan membalas d3ndam dengan kemenangan 1-0 juga pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hasil gol tunggal Shane Lowry.

Apapun, Mora enggan memikirkan pencapaian yang dilakukan dalam saingan liga kerana aksi kalah mat! saingan piala berprestij berbeza berbanding liga malah ia ibarat perlawanan hidup dan mat! bukan sahaja buat JDT malah membabitkan TFC juga.

Katanya, perancangan taktikal yang lebih ampuh memainkan peranan penting untuk berdepan skuad Penyu dan pemain JDT diingatkan tidak terikut-ikut helah taktikal pasukan lawan yang boleh memerangkap pemain JDT.

“Mereka sudah tentu mahu menang tatkala beraksi di laman sendiri tapi kami juga mahukan kemenangan dan kami tidak akan melepaskan peluang untuk mempamerkan aksi terbaik bagi membvru kemenangan dan membawa pulang bekalan selesa untuk aksi separuh akhir kedua nanti,” kata Mora.