Sukan

Mora akhirnya dedah punca gagal ‘bedal’ Kelantan

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui rentak permainan pasukan itu terjejas selepas lama tidak beraksi dalam aksi kompetitif apabila sekadar mampu menang 2-0 ke atas Kelantan FC pada saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. malam tadi.

Beliau juga menegaskan pertembungan men3ntang skuad kendalian Reezal Zambery Yahya agak sukar selepas pemain The Red Warri0rs (TRW) itu mengamalkan corak permainan yang sentiasa berlari dan pantas menutup ruang apabila pemain JDT mengawal bola.

Kelantan beraksi tanpa memikirkan untuk menang atau kalah dengan mereka gemar berlari dan kerap mengasak pemain JDT apabila pemain saya mengawal bola dan sebab itu kami kerap hilang bola.

“Bukan kami tidak boleh jaringkan, malah kami ada sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik untuk meletak bola di dalam jaring pada babak pertama menerusi percubaan Shane (Lowry) dan Bergson (Da Silva) yang terkena palang dan jika kedua-dua percubaan itu berjaya dihasilkan kami akan mendahului 3-0 pada babak pertama.

“Hanya sedikit sahaja masalah yang kami hadapi iaitu tidak menjaringkan gol di awal permainan dan semuanya bergantung kepada nasib dan mungkin malam ini (malam tadi) nasib kurang menyebelahi kami tapi kami tetap menguasai permainan,” katanya.

Pada perlawanan itu jaringan penalti Bergson pada minit ke-30 dan gol Safawi Rasid pada minit ke-49 membolehkan skuad Harimau Selatan menewaskan pasukan Liga Perdana itu.

Sementara itu, penolong ketua jurulatih Kelantan FC. Reezal Zambery Yahya menyifatkan aksi luar biasa penjaga gol, Farizal Harun yang tangkas menyelamat pasukan itu daripada dibelasah JDT.

Reezal berkata, pengalaman luas Farizal yang pernah beraksi dengan pasukan ternama seperti FELDA United dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan FC banyak membantu pasukan itu dan mengelak daripada gawang dibolosi selepas diasak bertali arus barisan pemain JDT.

Farizal menjalankan tugas dengan baik dan memainkan peranan penting sepanjang 90 minit perlawanan apabila kerap memberi arahan kepada benteng supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman serangan pemain JDT.

sumber:- BH

“Dia pantas mengarahkan pemain pertahanan menutup ruang malah kerap menyelamat bola yang mampu menghasilkan gol menerusi gerakan berbahaya pemain JDT dan saya berpuas hati dengan komitmennya sepanjang perlawanan itu,” katanya.