Sukan

Aksi Perak lain macam dalam Piala Malaysia

Jaringan penalti Ifedayo Olusegun pada babak kedua membolehkan Selangor membuka saingan Piala Malaysia musim ini dengan langkah kanan apabila menewaskan Perak 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan skuad Red Giants berada dalam kelompok dua teratas Kumpulan B bersama Terengganu FC (TFC) yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Kuching City.

Perak yang menghuni kelompok dua terbawah Liga Super musim ini tampak bukan lawan mudah buat Selangor apabila beberapa kali mencemaskan pintu gol tuan rumah.

Selangor bernasib baik apabila beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan jaringan oleh jentera s3rangan Perak terutama menerusi Nana Poku yang tidak berjaya menampan kemas umpanan Charles Machell pada minit ke-30.

sumber:- BH

Selangor terpaksa menunggu hingga minit ke-80 untuk membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Ifedayo selepas Sean Selvaraj dijatuhkan pertahanan lawan, seklai gus menjadi gol kemenangan Red Giants.