Bekas ketua pasukan negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, menyimpulkan Malaysia memang tidak layak untuk mara lebih jauh dalam Piala AFF 2020.
“Malaysia memang tidak layak ke peringkat seterusnya,” katanya selepas Harimau Malaya kecundang 1-4 kepada Indonesia di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.
Skuad kebangsaan mengakhiri kempen di tempat ketiga di belakang juara Kumpulan B, Indonesia, diekori pemenang edisi lalu, Vietnam.
Bagaimanapun, striker yang membawa Malaysia ke final dalam edisi tiga tahun lalu itu menolak untuk meletakkan kegagalan kali ini kepada barisan pemain mahupun jurulatih semata-mata.
Ketua pasukan Negeri Sembilan itu menuntut semua pihak agar menggembleng tenaga untuk lebih menyerlah dalam edisi akan datang memandangkan skuad negara sudah pincang sebelum sepak mula lagi berikutan hanya menyenaraikan 24 pemain selain kesuntukan masa untuk persiapan rapi.
Dengan kempen Piala Malaysia berakhir pada 30 November lalu, Tan Cheng Hoe memiliki kurang seminggu untuk melakukan persiapan malah beberapa tonggak yang dalam senarainya terpaksa menarik diri akibat masalah kec3deraan.
“Perlu ikhlas,” katanya di Astro Arena sekiranya Harimau Malaya berhasrat lebih garang selepas dilanda kekecewaan Piala AFF 2020.
Malaysia perlu menyenaraikan pemain yang ada minit permainan tetapi lakukan secara berperingkat.
sumber:- arena
“Rasa pedih tetapi inilah realitinya, kegagalan tidak harus dibawa ke depan (terbawa-bawa).”Jangan keji pemain dan salahkan jurulatih.”