Sukan

Di kaitkan menipu, Dion Cools Akhirnya bersuara

Selepas ketiadaannya bersama skuad Harimau Malaya dipersoalkan peminat bola sepak tempatan, akhirnya tonggak kacukan negara Dion Cools tampil menceritakan perkara sebenar di laman Story Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu hari ini, pemain pertahanan FC Midtjylland di Liga Denmark itu mengesahkan dirinya masih dalam proses pemulihan kec3deraan.

Katanya, disebabkan jendela aksi antarabangsa selama sembilan hari bermula hari ini hingga 12 Oktober ini, dia dan kelabnya memutuskan untuk memberi fokus kepada sesi pemulihan sepanjang tempoh berkenaan.

Semua orang tahu bahawa saya sangat bangga bermain untuk Malaysia. Ini suatu penghormatan besar dan saya menganggapnya sangat serius.

Semua orang mempersoalkan ketidakhadiran saya ke kem latihan. Jadi izinkan saya menjawab persoalan itu.

Saya mengalami kec3deraan serius atau patah tulang dan tidak merasa cergas 100 peratus sejak itu. Kelab dan saya bersetuju untuk menggunakan waktu rehat (liga domestik berhenti rehat sepanjang jendela aksi antarabangsa) ini sebagai tempoh untuk kembali cergas.

Untuk itu saya tidak dapat bermain dua perlawanan dengan pasukan kebangsaan. Saya harap semua orang memahami dan menghormati keputusan saya, katanya.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial apabila peminat mempersoalkan tahap kec3deraan yang dialami Cools hingga namanya terpaksa digugurkan saat akhir oleh kem negara bagi menghadapi dua aksi persahabatan men3ntang Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan pada Rabu dan Sabtu ini.

Bagaimanapun, penyokong negara dikejutkan dengan penampilan Cools bersama FC Midtjylland ketika menentang Aarhus GF dalam saingan Liga Denmark awal pagi tadi.

Lantas, ramai yang menuduh kemungkinan pengendali negara, Tan Cheng Hoe dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi m@ngsa ‘sc@m’ kelabnya yang enggan melepaskan pemain itu.

Begitupun Cheng Hoe menepis dakwaan itu apabila mengetahui masalah kecederaan yang menimpa Cools dan menganggap tindakan FC Midtjylland menurunkannya awal pagi tadi sebagai salah satu rehabilitasi bagi memulihkan kecergasan tonggak pertahanan itu.