Safiq banyak beri keceriaan

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan Safiq Rahim merupakan salah satu aset penting bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Safiq kembali ke pangkuan skuad jdt musim ini setelah dua musim beraksi bersama Melaka United.


Mora menegaskan Safiq telah memberikan banyak kejayaan bagi pasukan sebelum ini dan beliau mengalu-alukan kehadiran bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu.

Dia (Safiq) telah memberikan banyak keceriaan buat penyokong dan pasukan ini.

Selagi dia mahu menjadi pemain JDT dan membantu pasukan ini dengan cara yang baik, sudah pasti dia sentiasa dialu-alukan. Dia pemain yang hebat.

“Dia juga berlatih dengan amat baik dan sudah pasti akan menjadi satu aset buat JDT,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Selain memiliki barisan tengah yang mempunyai kekuatan tersendiri, Benjamin Mora juga mempunyai barisan pemain sayap yang mempunyai kualiti serta kemampuan tersendiri

Empat pemain sayap iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Gonzalo Cabrera dan pemain baharu, Mohamadou Sumareh akan bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Di bahagian tengah pula, ada lapan pemain termasuk Safiq yang akan bersaing bagi diturunkan dalam perlawanan musim ini.