3 Tahun Tunggu Baru Dapat

Minat yang ditunjukkan Selangor sejak tiga tahun lalu, selain tawaran menarik membuatkan Shahrel Fikri Md. Fauzi memilih Red ­G!ants sebagai pasukan baharunya dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Kehadiran Shahrel, 26, yang memegang reputasi penjaring tempatan terbanyak Liga Super musim lalu bakal menyaksikan Selangor memiliki jentera s3rangan paling ampuh dalam liga domestik.

Shahrel akan membentuk gandingan bersama penjaring terbanyak Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun dan penjaring terbanyak Liga Perdana 2020, Ahmad Danial Asri.

Selangor menunjukkan minat sejak 2017 dan sudah lama mereka menyatakan hasrat untuk menandatangani saya.

Bagaimanapun, ketika itu saya masih ada baki kontrak dengan Perak. Mereka kemudian menjadi pasukan pertama berjumpa saya (selepas kontrak tamat).

Perasaan nak tinggalkan Perak sangat sukar dan sedih tapi terpaksa buat keputusan ini demi karier yang tidak tahu bila akan berakhir.

Bila ada peluang dan tawaran yang baik, saya terpaksa tinggal kawan-kawan dan harap pemergian saya ini akan membuka peluang kepada pemain muda Pe­rak untuk beraksi, kata­nya yang mel3dak 10 gol dalam 10 perlawanan musim lalu.

Difahamkan Shahrel yang lebih dikenali dengan julukan Eky menandata­ngani kontrak dua musim bersama Selangor.

Mengulas mengenai s@saran, Shahrel lebih suka meletakkan pasukan sebagai keutamaan bukan individu.

Malah, dia menjangkakan persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama Red G!ants amat sengit kerana mereka memiliki ramai pemain bintang.

Saya tidak meletakkan s@saran menjaringkan banyak gol sebagai keutamaan kerana perkara paling penting adalah membantu pasukan menang dan meraih kejayaan bersama.

Saingan merebut tempat dalam kesebelasan uta­ma Selangor akan se­ngit kerana pemain-pemain mu­sim depan semua bagus.

Saya harap mampu memikat jurulatih Karsten (Neitzel), katanya.