Sukan

Safawi sah ikut jejak Safiq Rahim

Hasrat Indonesia untuk bangkit daripada ketinggalan empat gol secara agregat dan menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama tidak kesampaian selepas terikat 2-2 dengan Thailand dalam aksi final kedua di Stadium Nasional Singapura, Kallang smalam tadi.

Gol daripada Adisak Kraisorn dan Sarach Yooyen, yang diapit jaringan Ricky Kambuaya dan Egy Maulana Vikri buat Indonesia, sudah cukup untuk menobatkan pasukan Gajah P3rang itu selaku juara buat kali keenam selepas turut memenangi kejohanan serantau itu dalam edisi 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.

Biarpun membawa kelebihan besar selepas memenangi perlawanan pertama 4-0 pada Rabu lalu, Thailand, bagaimanapun, bergelut untuk menyaingi rentak permainan pantas Indonesia sehingga dibolosi oleh sepakan dari luar kotak penalti Ricky Kambuaya seawal minit ketujuh.

Namun, pasukan bimbingan Alexandre Polking itu bangkit memaparkan aksi berbeza dalam separuh masa kedua untuk menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit.

Pemain gantian, Adisak, hanya memerlukan sembilan minit selepas dimasukkan untuk menyamakan kedudukan selepas memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang Garuda pada minit ke-54 sebelum Sarach menghasilkan melepaskan rembatan k3ncang dari luar kawasan penalti untuk menewaskan penjaga gol, Nadeo Argawinata, buat kali kedua pada minit ke-56.

Pemain tengah Indonesia, Egy Maulana Vikri, sekurang-kurangnya memastikan Indonesia tidak tewas dalam perlawanan itu menerusi jaringan penyamaannya pada minit ke-80 tetapi akur pasukannya sekadar bergelar naib juara buat kali keenam selepas edisi 2000, 2002, 2004, 2010, 2016.

Kegagalan dua bintang Thailand, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda mel3dak gol pada final kedua Piala AFF 2020 membawa tuah kepada pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Ia susulan Safawi yang mel3dak empat gol di peringkat kumpulan berkongsi kedudukan teratas penjaring terbanyak bersama Chanathip, Teerasil dan pemain Filipina, Bienvenido Maranon.

Untuk rekod, Teerasil pernah berkongsi anugerah penjaring terbanyak bersama pemain Indonesia, Budi Sudarsono dan Agu Casmir dari Singapura pada 2008 dengan meledak empat gol keseluruhan.

Kejayaan Safawi berkongsi gelaran penjaring terbanyak bersama tiga pemain lain boleh dianggap sebagai pengubat duka buat Harimau Malaya yang tersingkir di peringkat kumpulan.

sumber:- BH

Striker Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengikut jejak Safee Sali dan Safiq Rahim yang pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada 2010 dan 2014 selepas masing-masing mel3dak lima dan enam gol.