Singapura: Kem negara makin t3nat apabila pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe mengesahkan pemain sayap lincah, Akhyar Rashid didapati p0sitif C0vid-19.
Jelas Cheng Hoe, tindakannya tidak menyenaraikan Akhyar ketika skuad Harimau Malaya turun berdepan Laos adalah disebabkan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu p0sitif C0vid-19 selepas ujian calitan dilakukan pagi tadi.
Pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Bishan, di sini petang tadi, skuad negara merakam kemenangan besar 4-0 ke atas Laos.
“Sudah tentu Akhyar beraksi baik ketika menentang Kemboja, tapi hasil ujian C0vid-19 pagi ini, dia positif (C0vid-19) dan tak dapat beraksi bersama kami dan dia perlu direhatkan sebelum menyertai pasukan semula,” kata Cheng Hoe.
Sebelum ini, tiga pemain negara terpaksa diketepikan untuk meninggalkan pasukan dengan hanya 21 pemain daripada 24 yang dibawa ke kempen kali ini.
Ia selepas pasukan kehilangan Khairulazhan Khalid dan Faizal Halim yang didapati positif C0vid-19 selain Junior Eldstal yang mengalami kec3deraan di bahagian perut.
sumber:- HM
Dengan perkembangan terbaharu ini, Cheng Hoe kini hanya tinggal 20 pemain untuk menghadapi Vietnam dalam aksi ketiga kumpulan di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.