Atlet sekarang manja — Chong Wei

Lee Chong Wei

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tanpa berselindung menganggap pemain sekarang begitu manja dan lebih mementingkan media sosia dari menjaga prestasi semasa terutama di dalam gelanggang dalam usaha memburu kejuaran demi kejuaraan. Jelasnya, seseorang atlet itu tidak akan menikmati puncak kariernya dalam masa jangka panjang dan disebabkan itu, pemain perlu mengorbankan seketika perkara lain […]

Rekod jaringan pecah musim ini

Erling Haaland

Rekod jaringan gol Liga Perdana Inggeris (EPL) hampir pasti dipecahkan hujung minggu ini ketika musim menuju kemuncaknya. Dengan 10 perlawanan akan dilangsungkan malam esok, sejumlah 1,209 gol dijaringkan setakat ini musim ini dengan purata 3.27 gol bagi satu perlawanan. Tiga belas gol lagi diperlukan untuk menyamai rekod jaringan EPL sepanjang zaman iaitu 1,222 daripada musim […]

Faisal nak main bola malam ini menentang KDA

fasial

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim ternyata sudah ‘tepu’ berada di hospital selepas dua minggu mendapatkan rawatan susulan apabila menyatakan keinginan untuk turun beraksi bersama Selangor FC dalam tempoh terdekat ini. Malah, Faisal juga menyatakan hasrat ‘tak masuk akal’ apabila turut mahu beraksi menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling […]

Kim Swee tidak dapat sembunyikan perasaan geram di Kota Bharu

Kim Swee

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menyembunyikan perasaan geram kepada anak buahnya apabila menang tipis kepada Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-2 dalam saingan Liga Super, malam tadi. Kim Swee jelas kecewa berikutan pelawat mendahului dengan jaringan 3-1, namun bolos gol kedua pada minit terakhir perlawanan pada masa tambahan babak […]

Jurulatih Juventus dipecat ketika kejayaan menjuarai Piala Itali

Jurulatih Juventus

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dipecat awal pagi tadi kerana mengamuk ketika kejayaan menjuarai Piala Itali pada pertengahan minggu yang dianggap kelab Serie A itu “tidak sesuai” dengan nilainya. “Juventus mengumumkan ia sudah melepaskan Massimiliano Allegri daripada peranan sebagai jurulatih utama skuad lelaki,” umum kelab Turin itu dalam satu kenyataan. “Pemecatan ini berikutan tingkah laku tertentu […]

JDT tak sabar ‘lepas geram’

JDT

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia untuk jadikan Negeri Sembilan FC (NSFC) sebagai mangsa ‘lepas geram’ pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri petang ini. Sebagai rekod, kedua-dua pasukan tidak mengharungi aksi pembuka tirai pada minggu lalu apabila JDT diberikan kemenangan percuma selepas Selangor FC tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih. Skuad […]

KDN FC kempunan di laman sendiri

kdn fc

Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) kempunan mengutip tiga mata di laman sendiri apabila tewas 2-3 di tangan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, malam tadi. Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi import, Gabriel Peres yang berjaya menembusi pertahanan tuan rumah untuk mencipta gol […]

Terbuka Thailand : Komen Zii Jia selepas berjaya tamatkan badi ke Separuh Akhir

zii jia

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia merasakan ada perkembangan positif dalam permainannya selepas berjaya mengesahkan tiket ke separuh akhir Terbuka Thailand, hari ini. Juara edisi 2022 itu yang menghuni ranking ke-10 dunia mara selepas menyingkirkan pemain ranking ke-19 dari China, Lu Guang Zu dalam pertarungan tiga set 21-13, 16-21, 21-18 pada aksi suku […]

Manchester City bakal pecah Rekod, muncul pasukan pertama

Manchester City

Phil Foden berkata Manchester City akan selamanya menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak England jika mereka berjaya merangkul gelaran Liga Perdana buat kali keempat berturut-turut pada Ahad ini. Pasukan kendalian Pep Guardiola berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih gelaran keenam dalam tujuh musim menjelang perlawanan terakhir musim, Ahad ini. City kini dua mata di hadapan […]

Undian Piala FA: JDT mudah ke Final,Selangor berdepan ujian getir

JDT

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pentas final Piala FA musim ini selepas mendapat laluan mudah pada majlis undian pusingan 16 terbaik sebentar tadi. Harimau Selatan yang muncul juara dua tahun berturut-turut dijadualkan bertemu wakil Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan andai berjaya, bakal menentang […]